Program PANDei Bersama Pustaka Miri
25 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniProgram PANDei( People Accessible Network For Digital Empowerment & Inclusivity) bersama Pustaka Miri telah diadakan pada 24 Januari 2019 (Khamis) yang bertempat di Bilik Latihan, PI Bekenu. Aktiviti ini bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang di mana tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan komuniti setempat mengenai kesedaran digital dalam menggunakan internet dalam kehidupan seharian.
Seramai sebelas (11) pelajar yang terdiri daripada sekolah rendah dan menengah telah mengikuti program ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah taklimat kesedaran digital dan cara untuk mencari maklumat dengan betul di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: